NOTIS UNTUK PELANGGAN
Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca notis ini.
SEBELUM SERVIS
Cara kami beroperasi
Operasi pejabat kami adalah seperti berikut:
- Isnin: 9.00 AM - 5.00 PM
- Selasa: 9.00 AM - 5.00 PM
- Rabu: 9.00 AM - 5.00 PM
- Khamis: 9.00 AM - 5.00 PM
- Jumaat: 9.00 AM - 5.00 PM
- Sabtu: 9.00 AM - 1.00 PM
- Ahad: Pejabat tutup. (Walau bagaimana pun ada di antara juruteknik kami yang bekerja).
Selepas waktu pejabat, kami akan menyusun masa dengan teliti untuk membaca mesej WhatsApp dengan status away. Ini adalah disebabkan oleh keperluan untuk mengekalkan separuh masa terhad di antara tuntutan kerja dan komitmen peribadi. Kami ingin memastikan bahawa kehidupan peribadi kami tidak terjejas secara berlebihan oleh kehadiran berterusan dalam dunia maya.
Walau bagaimanapun, walaupun dalam status away, kami akan berusaha sebaik mungkin untuk merespon mesej anda apabila mungkin. Terdapat situasi-situasi di mana masa peribadi yang kami peruntukkan untuk kegiatan luar pejabat boleh mengakibatkan kelewatan dalam menjawab. Harap maklum bahawa ini bukanlah satu tindakan yang menunjukkan kurangnya kepentingan terhadap mesej anda, tetapi sekadar usaha untuk menjaga kestabilan antara kehidupan profesional dan peribadi.
Kami menghargai pemahaman anda dan berterima kasih atas sokongan yang diberikan. Jika terdapat sebarang keperluan mendesak, sila beritahu kami dan kami akan berusaha sebaik mungkin untuk memberikan tindak balas dengan segera. Terima kasih.
Platform utama
Sila ambil maklum bahawa saluran pemasaran dan platform utama kami ialah WhatsApp. Pemasaran WhatsApp membolehkan kami terus berhubung dengan pelanggan memandangkan lebih separuh daripada pengguna WhatsApp menyemak aplikasi tersebut setiap hari.
Kami sedar penggunaan WhatsApp membantu kami:
- Membina hubungan yang lebih mendalam bersama pelanggan
- Memilih saluran yang sesuai untuk hubungan awal antara kami dengan pelanggan adalah penting. Pelanggan ada yang mungkin tidak selesa berhubung melalui panggilan telefon, emel mahupun media sosial.
- Kemungkinan mesej anda akan sampai kepada kami juga adalah tinggi.
- Rekod dapat disimpan dengan lebih berkesan untuk rujukan kami.
Dengan memanfaatkan kelebihan WhatsApp sebagai saluran pemasaran utama, kami dapat memperkuatkan kehadiran dan interaksi perniagaan kami dengan pelanggan.
Proses tempahan
Biasanya kami melakukan kerja memproses tempahan pelanggan dari jam 9.00 AM - 5.00 PM. Jika permohonan di buat sebelum atau selepas waktu pejabat tempahan hanya akan di proses bila kami membaca aplikasi WhatsApp atau pada waktu pagi jam 9.00 AM hari berikutnya jika permohonan di buat selepas jam 5.00 PM. Selepas waktu tersebut kami hanya akan memproses tempahan ada masa tertentu secara away sahaja.
Anda digalakkan membuat permohonan untuk temujanji sehari atau dua hari lebih awal bagi memudahkan kami slotkan tarikh dan masa temujanji dan proses tempahan menjadi lebih mudah tanpa adanya masalah sebab jadual kami biasanya ketat. Walau bagaimana pun kami akan cuba sedaya upaya memproses permohonan pelanggan untuk same day appointment.
Sila isi borang tempahan untuk memudahkan kami memproses tempahan anda dengan kadar segera dan untuk rujukan kepada juruteknik. Format borang tempahan adalah seperti berikut.
Hi! Thank you for your message. đ
Check out our promotions at https://nazranaircondservice.com
To set an appointment fill in the following form.Your effort is very much appreciated.
BOOKING FORM
1. Name/company:
2. Date:
3. Time:
4. Type of services (cleaning/repair/installation etc.):
5. Quantity and horsepower:
6. Contact no:
7. Address:
8. Email:
9. Require ladder longer more than 10 feet? (Yes/No):
11. How do you hear about us?:
PLEASE PROVIDE US YOUR GPS LOCATION.
Setelah kami proses tempahan dan slot kosong telah dikenalpasti kami akan WhatsApp anda untuk notis CONFIRMATION.
Maklumat mengenai unit penyaman udara
Pastikan anda memberikan maklumat yang sepatutnya mengenai masalah penyaman udara anda kepada kami contohnya aircond kurang sejuk, air menitik, aircond tidak boleh di buka dan maklumat lain yang berkaitan. Maklumat yang penting adalah seperti berikut:
- Horse power
- Bilangan unit AC
- Brand (jenama aircond)
- Jenis aircond sama ada wall mounted, ceiling cassette, ceiling exposed, portable, AHU, VRV, VRF, Chiller dsb.
- Inverter atau non inverter
- Masalah unit penyaman udara
- Gambar lokasi untuk kerja servis atau pemasangan (untuk memudahkan kami merancang gerak kerja)
- Alamat penuh dan lokasi GPS
Keselamatan
Pastikan anda menyimpan semua barang yang berharga dan mudah pecah jika terjatuh berhampiran dengan tempat juruteknik bekerja di tempat yang selamat.
Permit
Jika kediaman anda jenis kondominium, pangsapuri (apartment) atau flat pastikan anda memohon permit bagi kebenaran melakukan kerja servis aircond. Untuk rumah teres atau banglo anda juga digalakkan mendapatkan kebenaran dari pengurusan taman atau persatuan penduduk. Jika permit untuk kerja servis diperlukan sila sediakan untuk juruteknik kami.
Peralatan yang diperlukan
Mohon nyatakan jika kerja servis memerlukan penggunaan tangga yang panjang, penggunaan skylift atau scaffolding.
Alamat yang lengkap dan lokasi GPS
Pastikan alamat kediaman atau premis yang diberikan adalah tepat dan lengkap. Sila sediakan lokasi GPS bagi memudahkan juruteknik kami mencari lokasi kediaman anda.
Ketepatan masa
Kami sedaya upaya cuba untuk datang ke kediaman anda pada masa yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, ada kalanya kerana jadual servis kami agak padat mungkin juruteknik sampai lewat ke kediaman anda disebabkan terpaksa menyiapkan kerja sebelumnya di lokasi lain. Kefahaman dan timbang rasa anda tentang masalah tersebut, kami dahului dengan ucapan terima kasih
Penggunaan peralatan di kediaman anda
Jika perlu juruteknik kami akan menggunakan bilik air (toilet) rumah anda untuk mencuci komponen aircond seperti casing, filter dan yang berkaitan.
Maklumat tentang harga
Pastikan anda membaca kesemua caj yang berkaitan di dalam katalog kami supaya mendapat maklumat yang jelas dan sepatutnya . Rujuk https://nazran-catalogue-and-brochures.jimdosite.com/ untuk maklumat lanjut. Jika ada kemusyikan anda boleh WhatsApp kami untuk mendapatkan keterangan lanjut.
Untuk kerja pemasangan anda mungkin memerlukan maklumat yang lebih terperinci. Bagi servis pemasangan aircond pihak kami akan memberi anda quotation yang bertujuan memudahkan anda membuat rujukan dan keputusan. Segala caj yang terlibat akan kami nyatakan dalam quotation kami.
Sila ambil maklum jika anda mendapat quotation itu adalah harga estimation. Untuk caj pemasangan jika terdapat penambahan dari dari segi kerja yang sepatutnya dilakukan caj tambahan mungkin dikenakan. Contohnya terpaksa memotong jubin bumbung, kerja coring (menebuk lubang pada lantai) dan sebagainya.
Skop kerja servis
Pastikan anda maklum dengan skop servis, baik pulih, dan pemasangan di dalam katalog kami. Jika ada kemusykilan atau pertanyaan sila WhatsApp kami untuk maklumat lanjut.
Kami menawarkan 3 pakej utama servis iaitu servis normal, cucian kimia dan overhaul berdasarkan keadaan aircond, bajet dan masa anda. Berikut adalah pakej yang kami tawarkan:
1. Servis Normal (Minor Service)
Skop Servis Normal
- Memeriksa semua komponen penyaman udara bagi memastikan ianya berfungsi dengan baik.
- Memeriksa tahap kebersihan penyaman udara.
- Membersihkan penapis unit dalam penyaman udara.
- Membersihkan blower indoor
- Membersihkan kondensor atau unit outdoor.
- Memeriksa tekanan gas dan amp.
- Memeriksa suhu bilik dengan menggunakan thermometer.
- Memberi maklumat kepada pelanggan mengenai prestasi dan keadaan unit penyaman udara.
Masa dan Ketahanan
- Anggaran masa yang diambil untuk servis: 30 minit/unit
- Ketahanan: 6 bulan
- Kos: Rendah
2. Cucian Kimia (Chemical Cleaning)
Skop Servis Normal
- Membersihkan blower indoor menggunakan .
- Membersihkan kondensor indoor dan outdoor dengan menggunakan air.
- Membersihkan penapis udara.
- Membersihkan saluran air keluar dari penyaman udara.
- Memeriksa kebocoran dan penyambungan.
- Membersihkan indoor dengan membuang kotoran .
- Memeriksa tekanan gas dan amp.
- Memeriksa suhu bilik dengan menggunakan termometer.
- Memberi maklumat kepada pelanggan mengenai prestasi dan keadaan unit penyaman udara.
- Jaminan perkhidmatan selama 30 hari.
Masa, Ketahanan dan Kos
- Anggaran masa yang diambil untuk servis: 45 minit/unit
- Ketahanan: 6 bulan - 1 tahun
- Kos: Sederhana
3. Overhaul
Skop Overhaul
- Unit dalam dan luar akan diturunkan untuk dileraikan setiap komponen utama.
- Cooling coil akan dibersihkan menggunakan bahan kimia bagi menyingkirkan habuk serta kotoran.
- Setiap komponen utama akan diperiksa secara teliti bagi memastikan ia dapat berfungsi dengan baik.
- Servis dilakukan menggunakan teknologi dan peralatan terkini seperti water jet, blower, clamp meter, dsb.
- Jaminan perkhidmatan selama 30 hari
Masa, Ketahanan dan Kos
- Anggaran masa yang diambil untuk servis: 1 jam/unit.
- Ketahanan: 2 tahun
- Kos: Tinggi
Rujuk https://nazran-catalogue-and-brochures.jimdosite.com/ untuk maklumat lanjut mengenai servis, baik pulih, dan pemasangan.
Dokumen BQ, PO atau LO
Untuk syarikat anda perlu mengeluarkan BQ (Build of Quantity) dan PO (Purchase Order) sebelum kerja dijalankan. Bagi jabatan kerajaan pula biasanya LO (Letter of Intent) kami perlukan sebelum membuat kerja-kerja yang berkaitan.
SEMASA SERVIS
Keberadaan
Anda digalakkan sentiasa berada di kediaman anda semasa juruteknik melakukan kerja-kerja servis, baik pulih atau pemasangan aircond. Jika anda berada di luar dari kediaman sila pastikan anda ada wakil untuk menggantikan tempat anda.
Pengunaan toilet
Jika perlu juruteknik kami akan menggunakan bilik air (toilet) rumah anda untuk mencuci komponen aircond seperti casing, filter dan yang berkaitan.
Cara pembayaran
Pastikan anda menyediakan tunai (cash) untuk pembayaran kerana term kami adalah tunai (cash). Jika anda perlu membuat bank transfer secara online sila transfer sebelum juruteknik beredar dari kediaman atau premis anda. Berikut adalah nombor akaun syarikat:
Nama benefisiari (benefesiary): NAZRAN INTEGRATED RESOURCES
Bank: Affin Bank
Nombor akauan syarikat: 1059 9004 9830
Selepas Servis
Resit bayaran
Selepas servis dan setelah membuat bayaran pastikan anda mendapat salinan resit sementara dari juru teknik kami. Kemudian kami akan menghantar kepada anda resit rasmi syarikat dalam format pdf dan email. Jika anda tidak mendapat resit sementara dari juruteknik kami sila maklumkan segera kepada kami.
Jaminan servis berbentuk Worry Free Guaranteed (Satisfaction Warranty)
Kami menawarkan Worry Free Guaranteed (Satisfaction Warranty) untuk servis kami. Jika ada sebarang masalah selepas servis kami akan revisit untuk menyelesaikan masalah aircond anda. Untuk kerja servis jaminan kami adalah selamat 30 hari untuk water leaking. Tiada jaminan jika komponen (parts) lain rosak, gas bocor dan sebagainya yang tidak berkaitan dengan kerja servis. Jaminan juga terbatal jika anda memanggil juruteknik syarikat lain untuk memeriksa aircond anda jika ada masalah sebelum memaklumkan kepada kami. Jaminan hanya sah kepada yang pelanggan yang membuat tempahan dari pada bahagian perkhidmatan pelanggan kami (012-246 8145) kami bukan melalui juruteknik kami.
Caj untuk troubleshoot
Untuk kerja troubleshooting jika kami tidak dapat menyelesaikan masalah dengan segera disebabkan parts perlu ditempah (order) contohnya untuk PCB, fan motor, compressor dan lain-lain yang berkaitan caj troubleshooting akan dikenakan kepada pelanggan. Bagi barang yang ditempah (order) daripada kilang biasanya memakan masa selama seminggu atau lebih bergantung kepada keberadaan stok.
Maklum balas
Kami amat menghargai jika anda dapat memberi maklumbalas review terhadap servis dan juruteknik kami bagi tujuan rujukan dan penambahbaikan. Untuk review tap link berikut di https://nazranairconditioning.repuso.com/. Ada juga boleh WhatsApp kami di https://wa.me/0126632654 untuk melakukan review.
TERMS AND CONDITIONS
SALE OF GOODS AND SERVICES TERMS AND CONDITIONS
Standard Sale of Goods and Services Terms and Conditions for Nazran Integrated Resources is a business registered in Malaysia.
1. REGULATION
The contract of sale or service between the parties shall be governed by these conditions. No other terms or conditions except those
which may be implied by law or statute shall be of any effect unless the same are expressly agreed in writing by the parties.
2. INCORPORATION
These terms and conditions:
(a) govern every contract for the sale of goods and/or the provision of services by Nazran Integrated Resources to the Customer, and
(b) constitute all the terms and conditions agreed among the parties hereto pertaining to the subject matter dealt with herein, to the exclusion of all the previous written or oral terms and conditions.
No modification to these terms and conditions, whether put forward in the Customerâs purchase order or otherwise shall bind Nazran Integrated Resources unless agreed to in writing by Nazran Integrated Resourcesâs authorised employee.
3. PAYMENT
The terms of payment to Nazran Integrated Resources are as follows:
(a) for the supply of air conditioning, full payment should be made for air conditioning unit/units. Payment for installation is strictly on Cash On Delivery (CoD) or bank transfer basis, unless otherwise agreed, to a maximum of net 7 (seven) days from the date of invoice;
(b) for the provision of service, payment is strictly on Cash On Delivery (CoD) basis, unless otherwise agreed to a maximum of net 7 (seven) days from the date of invoice.
(c) Terms of payment agreed
4. QUOTATIONS AND PRICES
(a) Any quotation given by Nazran Integrated Resources is a mere invitation to treat and does not constitute a contractual offer.
(b) The quoted price is valid at the time of quotation, but may have increased if your order is placed at a later date. We will always inform âyouâ the customer. However Nazran Integrated Resources may withdraw a quotation at any time.
(b) Prices included in the quotation are based on the specification, drawings and/or requests by the Customer. Should the specification or customerâs request change, then Nazran Integrated Resources reserves the right to vary the quotation price.
5. DELIVERY
(a) The times quoted for delivery are estimates only and Nazran Integrated Resources accepts no liability for delay in delivery of Goods.
The Customer is not relieved of any obligation to accept or pay for Goods by reason of any delay in delivery. Goods may be delivered by instalments at the discretion of Nazran Integrated Resources
6. NAZRAN INTEGRATED RESOURCES AND CLAIMS
(a) All our goods/services will serve their intended functions.
(b) Service under warranty shall only be available between the hours of 9am to 5.00pm Monday to Friday, and excludes public holidays, and warranty does not include routine maintenance service including filter cleaning, rectification of faults arising from power failure, misuse of equipment, lack of routine maintenance or operator error.
(c) Warranty for the purpose of this clause is either:
(i) Installation warranty; a guarantee of workmanship and associated duct work and materials on new installations for a period of 3 (three) months, whereby Nazran Integrated Resources will repair the product in the event of any defect. The Conditions are as set below;
- That the system/s we have rectified is/are not tampered with by the client or any other engineering company.
- No physical damage is done by events such flood, gale force winds or other natural disasters.
If we are called out to a fault for previously rectified system/s and it is found that other components not relating to our work have wear and tear or have failed, then this will not be covered.
(ii) Service warranty; a guarantee of workmanship for service repair work for a period of 1 (one) months, where the works will be
performed again in the event of any defects associated with the initial service work.
(d) If a Customer wishes to make a claim under this warranty, they should:
- contact: 012 â 246 8145
- email: [email protected]
- Write to: Warranties & Claims, Nazran Air Conditioning
(e) Warranty on new air conditioning units and new parts are subject to the manufacturer's warranty. However, where permissible by law, the customer must pay for all work undertaken in carrying out a repair if the manufacturer's assessment determines the claim does not fall within the manufacturerâs warranty terms.
(f) The Customer must provide proof of purchase to make a claim under any warranty.
7. SERVICE TIME
The Services shall be performed within the mutually agreed Service Time.
8. HOURS
All work set out in the quotation will be carried out during normal working hours, which are 9.00am-5.00pm Monday to Friday, unless otherwise stated. Access to your premises is required while work is in progress.